Tuesday, June 17, 2008

Kata-kata hikmah





Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
Wanita yang MITHALI dan SETIA¦..


'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT

Juruterbang peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan.


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar
majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel
menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms
84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan
tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan
panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan
tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut
mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2
yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita
mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun
yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan
pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah
beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai
dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi
penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang
datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.
Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah
Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23
Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan
pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas
dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk
memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya
sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari
tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki
ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz
Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot
yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan
keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan
ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama
Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk
agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam
barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin
Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti
penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Sumber:tranungkite

Sunday, June 15, 2008

Puisi Untuk Suami Tercinta

Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri takhta ibu sebagai tempat pertama yang perlu dihormati telah bertukar kepada suami... memang sebak hati ibu untuk menerima keadaan ini. Tapi itulah hakikat yang mana ibu kita pun telah melalui situasi seperti ini suatu ketika dulu... tapi ini tak bererti kasih sayang kita kepada ibu juga telah berkurangan. Malah ia tetap utuh dan semakin bertambah tambahan pula bila kita juga sudah bergelar ibu.

Dan wahai para suami gunakanlah kuasa yang telah bertukar tangan itu untuk kau jadikan wanita iaitu isterimu sebagai seorang yang paling istimewa dihatimu. Hargailah mereka, kasihilah mereka, kasihanilah mereka, didiklah mereka dan ucapkanlah apa saja yang boleh melembutkan hati mereka. Pasti mereka akan menghadiahkan pusi ini untukmu.....


WAHAI SUAMIKU........


Wahai Suamiku,,, Sepertinya,suami adalah,
Bila dipandang tak menyakiti
Bila dilirik, manis sekali,
Bila tertawa ada yang menemani,
Bila menangis ada yang menaungi,

Tegurannya membukakan hati,
Ucapannya ubat pelipur hati.
Hasratnya selalu menyayangi,
Dan kasih Sayangnya tak bertepi


Wahai suamiku..
Datanglah..
Masuklah dalam rumah bilik yang indah ini,
Walaupun tak berharta, tapi ianya menentramkan hati..

Wahai suamiku..
Duduklah dikerusi ini,
Walaupun bukan dari jati, tapi dudukmu dapat menghilangkan kepenatan sehari.

Wahai suamiku..
Marilah kubukakan sepatu dan pakaianmu,
Walaupun tangan- tangan ini tak selembut bidadari, tapi mudah2 an dapat melonggarkan jasmani..

Wahai suamiku..
Minum dan teguklah air jernih ini,
Mungkin tak sesegar air pegunungan tapi Insya Allah dapat melenyapkan dahaga..


Wahai suamiku..
Duduklah di kerusi ini, dan mari kutemani engkau makan,
Mungkin makanan ini tak selazat seperti direstoran2 mahal dikota, tapi kebaikan dan kehalalannya telah teruji..

Wahai suamiku..
Kenyangkah dirimu.. segarkah dirimu..
Mintalah apa yang kau mau ..

Wahai suamiku..
Bila sakit hati menerpamu,
Berilah ampun pada diri ini,
Tanpa ampunan mu, sengsaralah diri ini..
Berjuta-juta malaikat mengutuk ku tanpa henti ..

Wahai suamiku..
Bila pedih menghampirimu..
Marilah… rebahlah dalam bahuku ini
letakkanlah kepalamu disisiku, menangislah.. mudah2an bahu kecil ini dapat meringankan kepedihanmu..

Wahai suamiku..
Bila marah menerjangmu,
Pandangilah diriku, kutundukan mata ini seraya meminta ampunan dari mu..

Wahai suamiku,
Jika kau berikan harta kepadaku,
Alhamdulilah, seraya berucap pada AllahurRabbi, berkatilah rezeki ini dan cukupkanlah hamba atasnya..

Wahai suamiku,
JIka kau nyatakan kesulitan di hadapanku..
Ingin secepatnya ku peluk dirimu, seraya berkata, jangan sedih suamiku, Mari kita ringankan kesulitan itu…
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan..


Wahai suami ku..
Apapun yang kan kulakukan, asalkan jalan pada Allah yang sebenarnya,
Redha mu mempermudah Redha Allah pada ku,
Syurgaku ada di bawah naunganmu..

Peganglah erat2 tangan ini, umpama tangan ini tercipta untuk membantumu..
Tataplah mata ini seraya menyajikan lautan kedamaian..
Senyumlah, karena diriku tak rela sekejap pun terhalang dari mu..
Bawalah diriku kemana kau tuju..
Sertakan diriku disetiap langkahmu..
Kepada Allah lah kita menuju..
Ampunilah daku suamiku......


Isterimu...
Salam perkenalan kepada semua yang sudi melayari blog ini. Blog ini insyaAllah akan memaparkan kisah-kisah atau apa saja berkaitan dengan kaum wanita seperti resipi, cara berpakaian, kisah-kisah teladan, gambar-gambar menarik dan apa saja yang dirasakan menarik dan dapat menjadi panduan atau santapan kepada kita kaum wanita.

Sebenarnya saya agak teruja untuk membuat blog ini sebab saya rasa amat banyak info yang kita boleh kongsikan bersama untuk kesejahteraan kehidupan kita dunia dan akhirat. Dan bila blog ni dah siap, saya semakin teruja sampai rasa seolah-olah kelu lidah nak berkata, maklumlah baru pertama kali bertemu kawan-kawan baru (kawan-kawan maya), rasa banyak sangat nak diperkatakan tapi saya akan cuba memberikan info setakat mana yang saya mampu, insyaAllah.

Apa-apa pun saya harap blog ini akan menjadi salah satu sumber info kepada kita semua. Amin. Terima Kasih sekali lagi kepada semua.....

Friday, June 13, 2008