Tuesday, June 17, 2008

Juruterbang peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan.


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar
majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel
menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms
84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut
sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh
pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah
memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan
tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan
panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan
tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut
mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2
yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita
mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama
Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun
yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan
pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah
beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai
dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi
penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang
datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.
Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah
Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23
Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan
pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas
dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk
memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya
sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari
tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki
ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz
Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot
yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan
keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan
ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama
Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk
agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam
barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin
Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti
penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini.
Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Sumber:tranungkite

No comments: