Sunday, June 15, 2008

Salam perkenalan kepada semua yang sudi melayari blog ini. Blog ini insyaAllah akan memaparkan kisah-kisah atau apa saja berkaitan dengan kaum wanita seperti resipi, cara berpakaian, kisah-kisah teladan, gambar-gambar menarik dan apa saja yang dirasakan menarik dan dapat menjadi panduan atau santapan kepada kita kaum wanita.

Sebenarnya saya agak teruja untuk membuat blog ini sebab saya rasa amat banyak info yang kita boleh kongsikan bersama untuk kesejahteraan kehidupan kita dunia dan akhirat. Dan bila blog ni dah siap, saya semakin teruja sampai rasa seolah-olah kelu lidah nak berkata, maklumlah baru pertama kali bertemu kawan-kawan baru (kawan-kawan maya), rasa banyak sangat nak diperkatakan tapi saya akan cuba memberikan info setakat mana yang saya mampu, insyaAllah.

Apa-apa pun saya harap blog ini akan menjadi salah satu sumber info kepada kita semua. Amin. Terima Kasih sekali lagi kepada semua.....

3 comments:

CountOlaf said...

Assalamualaikum,

Teruskan menulis kerana dunia hari ini sgt terbuka, sepatah perkataan kita tulis utk kebaikan insyaallah dibaca oleh ribuan malah jutaan manusia yg tidak kita kenali...

miz said...
This comment has been removed by the author.
miz said...

Baru buka blog ani. cantik dan advance. Sy pas bangunkan blog dlu, perammm sampailah menulis pasal mujahid muda 'ammar. insya allah sy akan cri buku ani utk dibaca. raya hj blik ke?